Pages

Thursday, September 23, 2010

BONUS 2 BULAN GAJI

Kota Kinabalu,

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah ( KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah Hj.Musnih yakin kerajaan Malaysia yang dipimpin Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika ini akan bersedia memberikan bonus kepada semua kakitangan 1.2 juta orang yang akan diumumkan pada belanjawan 2011 bulan Oktober tahun ini.

Ini berdasarkan beberapa tahun kebelakangan ini seramai 1.2 juta kakitangan tidak mendapat sebarang bonus.Tambahan pula keadaan ekonomi Malaysia ketika ini telah kembali pulih dengan peningkatan luar jangka.

Semua Kakitangan Awam berdoa agar bonus dapat diberikan kepada kakitangan awam.Jika tidak dapat jangan berdukacita. jika 2 bulan gaji untuk bonus tahun ini adalah satu rahmat kepada semua .

GAJI MINIMUM KAKITANGAN AWAM

Cadangan Pembantu Menteri Pembangunan Sumbar Dan Teknologi Maklumat,Datuk Jainab Ahmad Ayid yang mahukan penyegeraman gaji minimum disemua peringkat memang ada kewajarannya kerana tahap gaji oleh pekerja ketika ini sudah tidak setaraf dengan kenaikan harga barang. Semua pihak harus memperjuangkan dengan cadangan berkenaan bagi membantu ramai pekerja di negara ini dan Sabah khasnya yang hanya menerima gaji yang tidak setimpal dengan keadaan persekitaran. Terutama bagi mereka yang bekerja dalam bandar yang mempunyai sara hidup yang tinggi.

Contohnya mereka yang tinggal di rumah sewa.Sewa rumah sebilik paling rendah RM200.00 jika sebuah rumah RM450.00 tanpa apa-apa kemudahan.Oleh kerana meraka sudah biasa dengan keadaan demikian terpaksalah menduduki bilik berkenaan kerana hanya itu yang termampu oleh mereka.Itu belum masuk lagi belanja makan sendiri dan jika masuk perbelanjaan keluarga dan ramai tanggungan.Gaji RM2,000.00 hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan ada yang sanggup ikat perut. Kita lihat jumlah gaji sebanyak itu memang besar.Tapi dapat gaji bayar hutang.

Bagaimana kakitangan awam boleh mempertingkatkan perkhidmatan jika keadaan gaji seperti demikian. Kerajaan umumkan kenaikan gaji, sebulan selepas itu harga barang naik lebih tinggi.Jadi tidak ada ertinya kenaikan gaji berkenaan.

Penyelarasan gaji minimum seperti yang dicadangkan memang amat wajar diperjuangkan pada ketika ini juga demi masa depan anak-anak kita semua. Oleh Amat Jutrah Haji Musnih,Presiden KEKAUMAS.

Wednesday, September 22, 2010

PERJUMPAAN SEMUA PEMANDU KENDERAAN UMS


Kota Kinabalu.

Berikutan masalah tuntutan elaun kerja lebih masa tidak berbayar dan tidak dibayar penuh oleh pihak pengurusan UMS, Perisden KEKAUMAS telah mendapat banyak panggilan yang bertanyakan bayaran kerja lebih masa yang telah dituntut belum berbayar.

Sehubungan dengan itu,Presiden KEKAUMAS encik Amat Jutrah Hj.Musnih telah bersetuju membuat perjumpaan kepada semua pemandu yang terlibat pada 24/9/2010 jam 2.00 petang tempat akan dimaklumkan kemudian.

Dalam pertemuannya dengan beberapa pemandu berkata, Pihak Kesatuan akan berbuat sesuatu bagi menyelasaikan masalah berkenaan. " saya berharap kepada semua pemandu yang tidak bertugas adalah dijemput hadir bagi mendapat kata sepakat dan perbincangan mengenai perkara berkenaan,ini sudah lama saya dengar masalah pembayaran over time tidak selaras di UMS terutama kepada pemandu di JPP, saya berharap semua pemandu dapat memaklumkan kepada rakan yang lain agar dapat hadir".

Datang bawa cadangan yang terbaik untuk dikemukakan dengan pihak kesatuan.

Keputusan berkenaan akan dibawa ke MBJ pada 28/9/2010 nanti.

Thursday, September 16, 2010

Cadangan perlanjutan umur pesaraan kakitangan awam


Kota Kinabalu,

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah Haji Musnih ,hari ini berkata bahawa cadangan Presiden CUEPACS Tuan Haji Omar Osman meminta Kerajaan menaikkan umur persaraan kakitangan kerajaan dari 58 tahun ke 60 tahun sememangnya telah lama dicadangkan kepada kerajaan.

Keputusan kerajaan bagi persetujuan kenaikan berkenaan semamangnya ditunggu-tunggi oleh seramai 1.2 penjawat awam di Negara ini agar seragam dengan Negara-negara lain dirantau ini.

KEKAUMAS berharap kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan dapat mengumumkan keputusan berkenaan dalam pembentangan bajet 2011 bulan depan selain pengumuman bonus untuk kakitangan awam nanti.

Perlanjutan umur pesaraan berkenaan bukanlah sebagai wajib malah ianya adalah sebagai opsyen bukannya automatik. Perlanjutan opsyen berkenaan hanya untuk beberapa jawatan yang dikenal pasti mempunyai keperluan yang amat penting yang menggunakan kepakaran serta pengelaman dan kesihatan yang memuaskan untuk terus berkhidmat kepada Negara.

Pada ketika ini kerajaan telah bersetuju menaikkan umur pesaraan 56 tahun dan 58 tahun.

Tuesday, August 31, 2010

HARI MERDEKA KE 53


Mereka ini,walaupun dah merdeka tapi masih duduk dibawah pokok kayu.....mengapa ni...?




KEKAUMAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT MERAYAKAN HARI MERDEKA YANG KE 53 TAHUN.SEMOGA DENGAN SAMBUTAN BERKENAAN DAPAT MEMBERIKAN SATU PENGERTIAN YANG MENDALAM KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM ,BANGSA DAN AGAMA.KEAMANAN YANG KITA NIKMATI ADALAH DATANGNYA DARIPADA USAHA PARA PEMIMPIN YANG TELAH BERJUANG DEMI KEDAULATAN NEGARA KITA.

HARI INI KITA TELAH BERJAYA MENIKMATI SEGALA KEJAYAAN YANG TIDAK LAGI DIGANGGU OLEH PIHAK LAIN SEHINGGA NEGARA TELAH MENCAPAI KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN YANG PESAT.

SEJARAH SILAM PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI KESUSAHAN OLEH PARA PEJUAMG KITA YANG TERDAHULU PERLU DISAMPAIKAN KEPADA ANAK-ANAK KITA YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN DIMASA AKAN DATANG. 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Presiden KEKAUMAS.

Tuesday, August 24, 2010

Tuntutan Lebih Masa (OT)


Selasa (24 Ogos 2010) - Utusan Borneo