Pages

Monday, October 11, 2010

Iklan Jawatan Kosong UMS Oktober 2010


Dimaklumkan Bahawa Iklan Jawatan Kosong telah pun dikeluarkan dalam laman web UMS, Sila Layari Di http://ejobs.ums.edu.my/v2/

Tarikh Tutup 24 Oktober 2010 (Ahad)

PEMANDU BAS UMS DIMINTA BERSABAR LAGI

UMS,12/10/2010 (Selasa),

Semua pemandu Bas UMS diminta bersabar lagi dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi ketika ini.

Masalah yang telah yang telah dibawa ke MBJ minggu lepas sedang dibincang lagi di antara Pendaftar dengan Bendahari untuk mencari keadah terbaik. Kita tunggu lagi apa kata mereka.Jika tidak ada keputusan kita buat apa yang telah diputuskan dalam perbincangan bersama Presiden lalu.

Permasalahan yang telah diajukan kepada KEKAUMAS adalah seperti berikut:-

1. Bayaran tuntutan kerja lebih masa perlu dipercepatkan.
2. Tuntutan kerja lebih masa hendaklah dibayar penuh.
3. Mohon laporan baki tuntutan kerja lebih masa yang telah dipotong dihantar kepada staf yg
telah menuntut.(Supaya dapat tahu jumlah hari cuti gantian )
4. Memohon dinyatakan nama bulan yg dibayar dalam slip gaji.

Kita akan maklumkan kepada semua pemandu Bas setelah mendapat keputusan pihak berkenaan berhubung permasalahan tersebut.

Menurut sumber tidak rasmi bayaran tuntutan kerja lebih masa akan dibayar penuh iaitu 3/3 kepada pemandu bas.

Presiden KEKAUMAS berkata. Semua pemandu bas hendaklah mendapat surat arahan bertugas daripada ketua masing bagi mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Jika pemandu sedang bercuti juga diingatkan agar mendapat surat arahan balik bertugas. Kita tidak mahu berlaku lagi perkara yang telah dilaporkan oleh audit dalam kita dimana pemandu dituduh mengambil minyak ketika bercuti. Saya simpati ada pemandu kita diminta tunjuk sebab dengan perkara berkenaan.



AYAH ABDUL SAMAT (staf Perpustakaan) MENINGGAL DUNIA










KOTA KINABALU,AHAD ,

Ayah seorang ahli kesatuan kakitanga Am UMS saudara Abdul Samat Lawi staf Perpustakaan telah meninggal dunia pada 10.10.10 jam 4.00 petang di Kg.Gadong Beaufort.

Beberapa orang exco KEKAUMAS termasuk dua orang ahli dari Perpustakaan yang diketuai oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih,Timbalan Presiden Encik Jideh Jurin serta dua orang AJK Encik Danan Hj.Masalleh dan Encik Sintai Odol dan dua orang ahli KEKAUMAS Encik Othman Hj.Rawi dan Encik Jeffry Musi telah datang menghadiri pengkebumian ayahanda tercinta beliau di Kampung Gadong pada jam 10.30 pagi 11/10/10. Turut menghadiri pengkebumian adalah keluarga terdekat dan sahabat handai keluarga Encik Abdul Samat.

Thursday, October 7, 2010

PEMBANTANGAN BAJET 15 OKTOBER 2010 ....ADA BONUSKAH...TAHUN NI..?

Seramai lebih 1.2 juta kakitangan awam di Malaysia pastinya tertumpu dengan pembentangan laporan bajet pada 15 oktober nanti, perkara yang menjadi tunpuan setiap kakitangan adalah bisikan YAB Perdana Menteri Malaysia berhubung pemberian Bonus kakitangan Awam. Kita sudah duduk mendengar laporan bonus dua tahun lepas telah dikecewakan tanpa disebut bonus.

Reaksi kakitangan awam telah menampakkan berbagai cerita, ada cerita baik dan tidak kurang cerita yang tidak menyenangkan.

Kali ini semua kakitangan awam akan kembali menumpukan sebutan" Bonus" dan pastinya semua kakitangan bergembira apabila pengumuman berkenaan telah disebut.Riang tidak terkira jika diberikan Bonus. Jika tidak ada bonus masing-masing akan mula menuding jari kearah Kesatuan, memitnah kesatuan, menguggut dan berbagai kata-kata lagi.

Kita sebagai kakitangan Awam harus bersyukur dengan pendapatan gaji yang telah dibayar setiap bulan yang jauh lebih senang daripada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Jika diumum ada Bonus hari ini dua atau tiga hari akan datang sudah ada harga barang naik. Bila ada kenaikan harga barang orang kampong atau diluar bandar akan sangsara dari mana dapat duit..?

Sedangkan duit yang kita gunakan itu adalah duit rakyat/ termasuk duit kita sendiri.

Jika ada bonus kita harus bersyukur banyak atau kurang bukan lah satu permasalahan. Sebagai kakitanga awam mari kita tingkatkan usaha dan berkerjasama diantara satu dengan yang lain untuk menjayakan misi kerajaan. Memang betul peningkatan kualiti kerja tidak kira kita sebagai kakitangan kerajaan atau sebagai peladang/petani/nelayan adalah satu gandingan pekerja yang saling berkait. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar YAB Perdana Menteri dapat memberikan bonus.Insya allah. Di UMS sekiranya ada pemberian bonus tolong sumbangkan RM10.00 kepada pihak kesatuan ( RM5.00 KEKAUMAS dan RM5.00 di GAKUM) itu adalah amanat yang diberikan oleh Tuan Haji Omar Osman Pengerusi GAKUM yang juga Presiden CUEPACS kepada semua Presiden di IPTA Malaysia.

Saya menyeru kepada semua staf gred 40 ke bawah yang belum menyertai ahli KEKAUMAS agar segeralah mendaftar sebagai ahli denga menghubungi Setiausaha, atau mana -mana exco KEKAUMAS atau terus ke Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah.

Wednesday, October 6, 2010

Lawatan ke Luar Negara

Dimaklumkan kepada semua ahli KEKAUMAS, bahawa lawatan ke luar negara Indonesia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Penangguhan ini adalah atas keselamatan di negara berkenaan. Bagaimanapun lawatan berkenaan akan dimaklumkan sekiranya keadaan kembali seperti biasa.

Kepada ahli yang telah mendaftarkan nama akan disimpan sebagai peserta lawatan ke negara berkenaan.

Segala kesulitan dipohon kemaafan.

Sekian.

Presiden KEKAUMAS.

MESYUARAT EXCO KEKAUMAS

Semua exco KEKAUMAS dijemput hadir ke mesyuarat exco pada tarikh berikut:-

Tarikh : 14/10/2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik KEKAUMAS,ANJUNG SISWA,HEP

Semua exco diwajibkan hadir jam 9.15 di bilik KEKAUMAS.

Tolong Maklumkan semua exco kita.

Terima kasih.

Tuesday, October 5, 2010

Kejohanan Badminton


Dimaklumkan Bahawa Satu Kejohanan Badminton Jemputan Labuan, Anjuran KOKUM UMS KAL akan diadakan pd 21 hingga 24 Oktober 2010, di Dewan Foo Chow, Labuan. Semua Staf UMS dijemput menyertai pertandingan tersebut. Sebarang maklumat boleh diperolehi daripada Presiden KEKAUMAS, En. Amat Jutrah atau En. Abdul Jalil. Tarikh Tutup pd 16 Okt 2010
Muaturun Borang penyertaan Dan Syarat Pertandingan

Download Di sini : http://www.mediafire.com/?nhfzlni99ux8ahi