Pages

Tuesday, July 5, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Al- Fatihah


Diucapkan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham
AWANG LATIFF MOHAMAD yang telah kembali ke Rahmatullah
Pada 03 Mei 2011 bersamaan 29 Jamadil Awal 1432 Hijrah
Semoga rohnya dicucuri rahmat & diampunkan segala dosa-dosanya serta ditempatkan orang-orang yang beriman , Amin

Road Show

Road Show

Yang Berbahaia Datuk Hj. Omar Hj. Osman

Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS

Sempena Hari Pekerja berhubung Skim Saraan Universiti (SSU)

& isu-isu semasa dalam perkhidmatan awam


Tarikh : 04/05/2011 (Rabu)

Masa : 1.30 Petang

Tempat: Dewan Kuliah Perdana

Semua Staf dijemput hadir




Saturday, March 19, 2011

BENGKEL SSU KALI KE 2 DI SHAH ALAM






Shah Alam,

Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) telah selasai mengadakan bengkel Skim Saraan Universiti (SSU) yang teah diadakan bermula pada 15 - 19hb Mac 2011 hotel Laman Seri, Shah Alam.

Lebih lima puluh orang pegawai-pegawai Kesatuan daripada seluruh IPTA telah menghadiri bengkel berkenaan telah dipengerusikan oleh Datuk Haji Omar Hj.Osman Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS.

Begkel kali ke 2 itu telah dapat memurnikan beberapa cadangan penambahbaikan Gred Skim staf Universiti bermula dari Gred 1 - Gred 40.

Kesemua peserta telah bertungkus-lumus mengeluarkan idea yang bermanafaat bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam setiap malam.

Untuk bengkel berkenaan, UMS telah dihadiri oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih.

Pemurnian kali ke 2 bengkel tersebut akan dibuat di Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS pada 28hb Mac 2011.

Semua presiden Kesatuan di semua IPTA diminta mengemaskini kertas permurnian yag telah diadakan di Shah Alam dan perlu dihantar ke urusetia Jawatankuasa Bertindak SSU GAKUM sebelum dibawa ke UNIMAS.



Wednesday, March 16, 2011

BENGKEL SKIM SARAAN UNIVERSITI (SSU





Kota Kinabalu,

Seramai 9 orang ahli KEKAUMAS yang terpilih dari setiap Gred sokongan telah menghadiri bengkel Skim Saraan Universiti ( SSU ) di UTHM,Johor bahru 25-29hb Mac 2011.

Penyertaan yang diketuai oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih itu telah memberikan cadangan, pandangan berhubung cadangan kenaikan Gred gaji setiap jawatan di Universiti.

Bengkel berkenaan telah dihadiri oleh 20 buah Universiti IPTA Malaysia yang dipengerusikan oleh Pengerusi GAKUM Y.Bhg.Datuk Hj.Omar Hj.Osman merangkap Presiden CUEPACS.

Antara cadangan yang telah dikemukan adalah seperti menjumudkan Gred 1 - 16. Beliau yang juga wakil Gred dalam skim perkhidmatan Kejuruteraan ( J ) mencadangkan Gred 17 dinaikan kepada Gred J29, Gred J22 kepada J32,Gred J26 ke J34,Gred J29 ke J35,Gred J36 ke J38 dan Gred J38 kepada J40.

Begitu juga dengan skim gred B,C,F,KP,N,R,S,U dan W. Perbincangan mengenai Skim berkenaan akan diteruskan ke bengkel ke dua yang akan diadakan di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 17 - 19hb Mac 2011 dan pada 28hb Mac 2011 di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ).

Presiden KEKAUMAS berharap segala cadangan kenaikan Gred untuk SSU akan dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Kesemua Kesatuan di IPTA Malaysia telah diarah untuk membuat perbincangan kepada semua Gred

Wednesday, February 9, 2011

Lawatan KEKAUMAS 2011

Ahli KEKAUMAS yang telah berdaftar dan belum pernah mengikuti Lawatan Anjuran KEKAUMAS adalah dipelawa untuk menyertai lawatan sambil belajar ke tempat berikut:-

KE UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM ( UBD )

DAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS )

PADA

24hb - 30HB Mac 2011

Berminat sila hubungi Puan Salmiah Hj.Tertib di samb.1413

H/P: 0143568300