Pages

Thursday, August 4, 2011

CUEPACS TERUS MINTA KERAJAAN TIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
4/8/2011

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.


Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.

-- BERNAMA

WIRA KEKAUMAS KE EVEREST


Wira KEKAUMAS M. Machdi Wismajaya di Everest Base Camp, Nepal membawa kain rentang EXCO KEKAUMAS

Tahniah seorang pemandu JPP,UMS peserta terunggul ke Gunung Everest.

CUTI BERSALIN MASIH PINCANG


Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/07/16

Ketua jabatan tolak rehat 3 bulan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng, berkata kepincangan masih berlaku dalam pelaksanaan cuti bersalin 90 hari diperuntukkan kepada penjawat awam wanita, terutama bagi perkhidmatan yang majoritinya disertai golongan itu seperti perguruan dan kejururawatan.

Katanya, ini berikutan CUEPACS menerima beberapa aduan daripada guru dan jururawat wanita mendakwa permohonan mereka untuk mendapatkan cuti bersalin 90 hari ditolak ketua jabatan masing-masing. Beliau yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, tindakan ketua jabatan terbabit boleh disifatkan sebagai menafikan hak penjawat awam wanita memperoleh tempoh cuti bersalin yang diperuntukkan kepada mereka.

“Baru-baru ini, kita ada menerima aduan daripada tiga guru daripada sekolah sama yang memohon mendapatkan cuti bersalin 90 hari tetapi ditolak atas alasan tiada peruntukan mencukupi mengupah guru ganti bagi ketiga-tiga kekosongan pada masa sama.

“Alasan sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana apabila peraturan atau peruntukan kepada penjawat awam itu diluluskan, bermakna kerajaan sudah mengambil kira semua aspek berkaitan supaya dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya kepada Berita Harian,
di sini, semalam.

Tuesday, July 5, 2011

Pendakian Ke Everest

Salah seorang kakitangan UMS (M. MACHDI WISMAJAYA) juga merupakan Ahli KEKAUMAS akan mengikuti Pendakian Ke Everest Mulai 07 Julai 2011 hingga 30 Julai 2011
Didoakan semoga selamat sampai dan selamat kembali

Majlis ringkas penyerahan Banner KeKAUMAS kepada En . Machdi


LAWATAN KEKAUMAS KE JAKARTA INDONESIA DISEMBER 2011


Jakarta, Indonesia Photo

Untuk Muat turun Info & Borang Sila klik Pautan di Bawah :

http://www.mediafire.com/?oza96cdid950lng


Tuesday, May 3, 2011

Al- Fatihah


Diucapkan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham
AWANG LATIFF MOHAMAD yang telah kembali ke Rahmatullah
Pada 03 Mei 2011 bersamaan 29 Jamadil Awal 1432 Hijrah
Semoga rohnya dicucuri rahmat & diampunkan segala dosa-dosanya serta ditempatkan orang-orang yang beriman , Amin

Road Show

Road Show

Yang Berbahaia Datuk Hj. Omar Hj. Osman

Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS

Sempena Hari Pekerja berhubung Skim Saraan Universiti (SSU)

& isu-isu semasa dalam perkhidmatan awam


Tarikh : 04/05/2011 (Rabu)

Masa : 1.30 Petang

Tempat: Dewan Kuliah Perdana

Semua Staf dijemput hadir