Pages

Monday, November 1, 2010

IBU JOHNY LIBIN @JOHAN ABDULLAH MENINGGAL




Kota Kinabalu,1/11/2010.

Ibu kepada Encik Johny Libin @Johan telah meninggal dunia pada 31/10/2010 (Ahad) di Kg.Langkawit,Papar.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah Encik Amat Jutrah Hj.Musnih bersama dua orang exco KEKAUMAS Encik Mokrin Hj.Basrin dan Encik Sintai Odol serta seorang ahli KEKAUMAS Encik Othman Hj.Rawi dari Perpustakaan telah datang menziarah ke rumah mandiang di Kg.Langkawit,Papar.

Presiden KEKAUMAS serta rombongan mengucapkan takziah kepada Encik Johan bersama keluarga beliau diatas pemergian ibu tersayang. Encik Amat Jutrah berharap agar Encik Johan dapat bersabar menghadapi keadaan seperti itu. Menurut Encik Johan ibunya meninggal kerana kemalangan jalanraya di hadapan rumah mendiang pada kira-kira jam 8.30 malam 31/10/2010. Mayat mendiang hanya dijumpai pada awal pagi 1/11/2010 oleh jiran berdekatan. Mayat mandiang dikebumikan pada 2/11/2010.

Saturday, October 30, 2010

JEMPUTAN AHLI KEKAUMAS UNTUK POTONG DAGING KURBAN UMS

Ahli-ahli KEKAUMAS adalah dijemput menyertai AJK majlis ibadah Kurban sebagai pelepah daging. Jumlah AJK di perlukan adalah seramai 50 orang. Setiap kumpulan berjumlah 5 orang.
Baju yang berkualiti akan diberikan kepada setia peserta. Tarikh bertugas 18/11/2010 di Masjid UMS mula jam 7.30 pagi.

Peserta hendaklah sihat tubuh badan, sanggup berkerja keras dan sentiasa senyum.

Yang berminat bolehlah menghubungi Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Haji Musnih di talian 013-8501372 atau 088- 320173 atau sambungan 3713 di JPP. Daftarkan nama secara berkumpulan.

Wednesday, October 27, 2010

LAWATAN KE IPTA SEMENANJUNG MALAYSIA



Biro Reaksi dan Sosial KEKAUMAS telah mengadakan lawatan sambil berkenal-kenalan dengan Exco Kesatuan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Rumbungan yang di ketuai oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat
Jutrah Hj.Musnih itu telah disertai oleh lebih 30 orang ahli telah berkunjung ke UTHM Johor ,UTeM Melaka dan UPM di Serdang. Semasa di UTHM,Rombongan lawatan telah diraikan oleh mantan Naib canselor UMS.Prof Datuk Dr.Mohd.Noh Dalimin dan exco Kesatuan UTHM. Para peserta juga telah menghadiri perhimpunan hari pekerja sektor awam di PICC,Puterajaya dan melawat di sekitar Kuala Lumpur.

Rata-rata peserta telah berpuashati dengan lawatan berkenaan dan berharap diteruskan dimasa akan datang.

MESYUARAT AGUNG KEKAUMAS 2010



Makluman kepada semua ahli KEKAUMAS,

Persiapan untuk membuat pencalonan terbaru exco tertinggi kesatuan yang akan dijalankan pada bulan Disember 2010.

Borang pencalonan akan diedarkan kepada semua ahli sebulan sebelum mesyuarat agung berkenaan.

Sekiranya saudara dan saudari ingin mencalonkan ahli berkenaan, sila pastikan ahli berkenaan benar-benar boleh menjalankan tugas yang diamanahkan, sedia berkorban untuk Kesatuan. Sanggu
p memikul semua tanggungjawab yang diberikan. Bukan sekadar untuk menang bertanding tetapi apabila sudah menang tidak dapat berkerjasama dengan pegawai lain dalam exco Kesatuan.

Untuk Pemilihan kali ini , kita perlu membuat pemilihan ycalon yang betul-betul memberikan berkomitmen dan bertanggungjawab.

Jawatan yang akan dipertandingkan adalah :

PRESIDEN
TIMBALAN PRESIDEN
SETIAUSAHA
PEN.SETIAUSAHA
BENDAHARI
PEN.BENDAHARI
10 ORANG AHLI JAWATANKUASA


Untuk makluman lanjut sila berhubung dengan:


Presiden KEKAUMAS
Encik Amat Jutrah Hj. Musnih (013 8501372)

Friday, October 22, 2010

PROMOSI MASUK AHLI KEKAUMAS 2010

Dengan sukacitanya pihak Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS)
adalah dengan ini mempelawa kepada semua staf dari Gred 40 ke bawah berstatus Kontrak dan tetap yang belum menjadi ahli Kesatuan adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli.

Tiada yuran masuk dikenakan.

Hanya yuran bulanan RM2.00
Dan yuran Tabung Kebajikan RM3.00

Jumlah RM5.00 akan dipotong dari gaji ahli ( 6 bulan sekali potong - RM30.00 )

Bersamalah kita memberikan sokongan perjuangan Kesatuan untuk membela hak Staf sokongan UMS dalam apa jua permasalahan staf. Pihak Kesatuan adalah saluran terbaik untuk pihak pengurusan Universiti.

Tuan Pendaftar telah menyarankan agar semua staf sokongan wajip menyertai kesatuan ini agar menjadikan suara staf lebih mantap dan di geruni kerana permuafakatan Kesatuan dengan pihak pengurusan adalah saluran yang terbaik seperti dalam MBJ .

Ayuh kita berikan sokongan padu perjuangan Kesatuan. Suara anda akan menjadi keutamaan sekiranya anda telah memasuki Kesatuan ini.

Untuk mendapatkan borang masuk ahli KEKAUMAS, anda boleh berhubung dengan Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih - 013-8501372 - JPP , Pen. Setiausaha Cik Arnah Hj.Sainudin - 0165863869 - SPE , Pengerusi KEKAUMAS UMSKAL Encik Mohd.Azree Ag.Tanjong - 0178111130 , Setiausaha KEKAUMAS UMSKAL Encik Ahmad Zainud-din Ag.Besar - 0138757077. Atau mana exco KEKAUMAS berdekatan dewngan anda.

" SETIA BERSAMA "



Monday, October 18, 2010

KEJOHANAN BADMINTON NOVIS TERBUKA ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2010

KEJOHANAN BADMINTON NOVIS TERBUKA

ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2010


Borang Boleh Dimuat turun di

Borang Penyertaan :

http://www.mediafire.com/?3su29t0eltj0zsd

Syarat Penyertaan :

http://www.mediafire.com/?uauhuzr7hhjczd7


Saturday, October 16, 2010

RM500 bukan bonus tapi.......untuk anak ke sekolah.Sila baca laporan bajet berkenaan.

Kesatuan Kakitangan Am UMS akur dengan laporan bajet 2011 yang telah dilaporkan pada 15/10/2010 jam 4.00 petang oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

Diantara yang laporkan adalah:

Strategi Keempat : Memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan Awam. Pemantapan penyampaian perkhidmatan awam untuk mengemudi Malaysia menjadi negara maju. Penjawat awam yang kini mempunyai 1.2 juta orang perlu mengoptimumkan sistem penyampaian kerajaan di mana penambahbaikan sentiasa wajar diambil untuk produkviti negara.

Memperkemas Sistem Penilaian Prsetasi:

Penjawat awam selaku pelaksana dasar adalah kompenen yang amat penting di dalam usaha negara merealisasikan wawasan kebangsaan.Tanpa agen yang pelaksana yang cekap,berkesan dan dinamik wawsan negara akan hanya tinggal sekadar matlamat murni.Dalam mengambil kira maklumbalas para penjawat awam,kerajaan bersetuju memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecekapan atau PTK dan diganti dengan satu sistem penilian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam menjelang Jun2011.

Menghargai Sumbangan Penjawat Awam:

Di atas segalanya,kerajaan sentiasa menghargai sumbangan penjawat awam yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan,termasuk Program Transforamasi Kerajaan dan program Tranformasi Ekonomi.Dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha , kerajaan akan :-

Pertama : Meringankan beban penjawat awam untuk menampung perbelanjaan persiapan sekolah dengan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak 500 ringgit.Bantuan Kewangan ini akan diberi kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah,termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.Pembayaran akan dibuat pada bulan Disember ini.

Kedua: Menaikan kadar Bantuan Mengurus Jenazah kepada 3 ribu ringgit berbanding 1 ribu ringgit pada masa ini selaras kenaikan kos pengurusan jenazah.Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan.

Ketiga : Menyambung khidmat PKS untuk setahun lagi

dan seterusnya..........

Mari kita perhatikan petikan kenyataan bantuan Khas kewangan ini.

Kalau kita terjamahkan erti perkataan kenyataan di atas. Bantuan tersebut hanya ditujukan kepada mereka yang ada anak bersekolah pada awal tahun 2011. Tidak menyebut kakitangan yang belum ada anak bersekolah. Untunglah mereka yang bujang dan belum ada anak bersekolah. Perkara berkenaan telah membezakan lebih jauh kepada yang ada tanggungan.Lebih-lebih lagi mereka yang banyak anak ke sekolah. 1 anak ke sekolah 500 ringgit,6 anak ke sekolah 500 ringgit juga.Di mana keseragaman bantuan 500 ringgit ini....?. Sepatutnya tak payah bagi langsung 500 ringgit ni,barulah adil...kita akur itu hanya untuk mengurangkan beban, tapi kepada siapa tu.....gred 54 hingga 41 nak kurangkan beban apa tu,memang gaji dah tinggi dibandingkan gred 40 kebawah.Gred 54 anak mereka dah bercucu..jadi fikir-fikirkan lah.Selamat meneruskan perkhidmatan dengan rajin dan jujur serta amanah. Bertimbang rasa lah kepada sesama staf.