Pages

Wednesday, February 9, 2011

Lawatan KEKAUMAS 2011

Ahli KEKAUMAS yang telah berdaftar dan belum pernah mengikuti Lawatan Anjuran KEKAUMAS adalah dipelawa untuk menyertai lawatan sambil belajar ke tempat berikut:-

KE UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM ( UBD )

DAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS )

PADA

24hb - 30HB Mac 2011

Berminat sila hubungi Puan Salmiah Hj.Tertib di samb.1413

H/P: 0143568300

Monday, November 1, 2010

IBU JOHNY LIBIN @JOHAN ABDULLAH MENINGGAL




Kota Kinabalu,1/11/2010.

Ibu kepada Encik Johny Libin @Johan telah meninggal dunia pada 31/10/2010 (Ahad) di Kg.Langkawit,Papar.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah Encik Amat Jutrah Hj.Musnih bersama dua orang exco KEKAUMAS Encik Mokrin Hj.Basrin dan Encik Sintai Odol serta seorang ahli KEKAUMAS Encik Othman Hj.Rawi dari Perpustakaan telah datang menziarah ke rumah mandiang di Kg.Langkawit,Papar.

Presiden KEKAUMAS serta rombongan mengucapkan takziah kepada Encik Johan bersama keluarga beliau diatas pemergian ibu tersayang. Encik Amat Jutrah berharap agar Encik Johan dapat bersabar menghadapi keadaan seperti itu. Menurut Encik Johan ibunya meninggal kerana kemalangan jalanraya di hadapan rumah mendiang pada kira-kira jam 8.30 malam 31/10/2010. Mayat mendiang hanya dijumpai pada awal pagi 1/11/2010 oleh jiran berdekatan. Mayat mandiang dikebumikan pada 2/11/2010.

Saturday, October 30, 2010

JEMPUTAN AHLI KEKAUMAS UNTUK POTONG DAGING KURBAN UMS

Ahli-ahli KEKAUMAS adalah dijemput menyertai AJK majlis ibadah Kurban sebagai pelepah daging. Jumlah AJK di perlukan adalah seramai 50 orang. Setiap kumpulan berjumlah 5 orang.
Baju yang berkualiti akan diberikan kepada setia peserta. Tarikh bertugas 18/11/2010 di Masjid UMS mula jam 7.30 pagi.

Peserta hendaklah sihat tubuh badan, sanggup berkerja keras dan sentiasa senyum.

Yang berminat bolehlah menghubungi Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Haji Musnih di talian 013-8501372 atau 088- 320173 atau sambungan 3713 di JPP. Daftarkan nama secara berkumpulan.

Wednesday, October 27, 2010

LAWATAN KE IPTA SEMENANJUNG MALAYSIA



Biro Reaksi dan Sosial KEKAUMAS telah mengadakan lawatan sambil berkenal-kenalan dengan Exco Kesatuan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Rumbungan yang di ketuai oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat
Jutrah Hj.Musnih itu telah disertai oleh lebih 30 orang ahli telah berkunjung ke UTHM Johor ,UTeM Melaka dan UPM di Serdang. Semasa di UTHM,Rombongan lawatan telah diraikan oleh mantan Naib canselor UMS.Prof Datuk Dr.Mohd.Noh Dalimin dan exco Kesatuan UTHM. Para peserta juga telah menghadiri perhimpunan hari pekerja sektor awam di PICC,Puterajaya dan melawat di sekitar Kuala Lumpur.

Rata-rata peserta telah berpuashati dengan lawatan berkenaan dan berharap diteruskan dimasa akan datang.

MESYUARAT AGUNG KEKAUMAS 2010



Makluman kepada semua ahli KEKAUMAS,

Persiapan untuk membuat pencalonan terbaru exco tertinggi kesatuan yang akan dijalankan pada bulan Disember 2010.

Borang pencalonan akan diedarkan kepada semua ahli sebulan sebelum mesyuarat agung berkenaan.

Sekiranya saudara dan saudari ingin mencalonkan ahli berkenaan, sila pastikan ahli berkenaan benar-benar boleh menjalankan tugas yang diamanahkan, sedia berkorban untuk Kesatuan. Sanggu
p memikul semua tanggungjawab yang diberikan. Bukan sekadar untuk menang bertanding tetapi apabila sudah menang tidak dapat berkerjasama dengan pegawai lain dalam exco Kesatuan.

Untuk Pemilihan kali ini , kita perlu membuat pemilihan ycalon yang betul-betul memberikan berkomitmen dan bertanggungjawab.

Jawatan yang akan dipertandingkan adalah :

PRESIDEN
TIMBALAN PRESIDEN
SETIAUSAHA
PEN.SETIAUSAHA
BENDAHARI
PEN.BENDAHARI
10 ORANG AHLI JAWATANKUASA


Untuk makluman lanjut sila berhubung dengan:


Presiden KEKAUMAS
Encik Amat Jutrah Hj. Musnih (013 8501372)

Friday, October 22, 2010

PROMOSI MASUK AHLI KEKAUMAS 2010

Dengan sukacitanya pihak Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS)
adalah dengan ini mempelawa kepada semua staf dari Gred 40 ke bawah berstatus Kontrak dan tetap yang belum menjadi ahli Kesatuan adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli.

Tiada yuran masuk dikenakan.

Hanya yuran bulanan RM2.00
Dan yuran Tabung Kebajikan RM3.00

Jumlah RM5.00 akan dipotong dari gaji ahli ( 6 bulan sekali potong - RM30.00 )

Bersamalah kita memberikan sokongan perjuangan Kesatuan untuk membela hak Staf sokongan UMS dalam apa jua permasalahan staf. Pihak Kesatuan adalah saluran terbaik untuk pihak pengurusan Universiti.

Tuan Pendaftar telah menyarankan agar semua staf sokongan wajip menyertai kesatuan ini agar menjadikan suara staf lebih mantap dan di geruni kerana permuafakatan Kesatuan dengan pihak pengurusan adalah saluran yang terbaik seperti dalam MBJ .

Ayuh kita berikan sokongan padu perjuangan Kesatuan. Suara anda akan menjadi keutamaan sekiranya anda telah memasuki Kesatuan ini.

Untuk mendapatkan borang masuk ahli KEKAUMAS, anda boleh berhubung dengan Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih - 013-8501372 - JPP , Pen. Setiausaha Cik Arnah Hj.Sainudin - 0165863869 - SPE , Pengerusi KEKAUMAS UMSKAL Encik Mohd.Azree Ag.Tanjong - 0178111130 , Setiausaha KEKAUMAS UMSKAL Encik Ahmad Zainud-din Ag.Besar - 0138757077. Atau mana exco KEKAUMAS berdekatan dewngan anda.

" SETIA BERSAMA "



Monday, October 18, 2010

KEJOHANAN BADMINTON NOVIS TERBUKA ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2010

KEJOHANAN BADMINTON NOVIS TERBUKA

ANJURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2010


Borang Boleh Dimuat turun di

Borang Penyertaan :

http://www.mediafire.com/?3su29t0eltj0zsd

Syarat Penyertaan :

http://www.mediafire.com/?uauhuzr7hhjczd7