Pages

Saturday, March 19, 2011

BENGKEL SSU KALI KE 2 DI SHAH ALAM






Shah Alam,

Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) telah selasai mengadakan bengkel Skim Saraan Universiti (SSU) yang teah diadakan bermula pada 15 - 19hb Mac 2011 hotel Laman Seri, Shah Alam.

Lebih lima puluh orang pegawai-pegawai Kesatuan daripada seluruh IPTA telah menghadiri bengkel berkenaan telah dipengerusikan oleh Datuk Haji Omar Hj.Osman Pengerusi GAKUM merangkap Presiden CUEPACS.

Begkel kali ke 2 itu telah dapat memurnikan beberapa cadangan penambahbaikan Gred Skim staf Universiti bermula dari Gred 1 - Gred 40.

Kesemua peserta telah bertungkus-lumus mengeluarkan idea yang bermanafaat bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam setiap malam.

Untuk bengkel berkenaan, UMS telah dihadiri oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih.

Pemurnian kali ke 2 bengkel tersebut akan dibuat di Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS pada 28hb Mac 2011.

Semua presiden Kesatuan di semua IPTA diminta mengemaskini kertas permurnian yag telah diadakan di Shah Alam dan perlu dihantar ke urusetia Jawatankuasa Bertindak SSU GAKUM sebelum dibawa ke UNIMAS.



Wednesday, March 16, 2011

BENGKEL SKIM SARAAN UNIVERSITI (SSU





Kota Kinabalu,

Seramai 9 orang ahli KEKAUMAS yang terpilih dari setiap Gred sokongan telah menghadiri bengkel Skim Saraan Universiti ( SSU ) di UTHM,Johor bahru 25-29hb Mac 2011.

Penyertaan yang diketuai oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Hj.Musnih itu telah memberikan cadangan, pandangan berhubung cadangan kenaikan Gred gaji setiap jawatan di Universiti.

Bengkel berkenaan telah dihadiri oleh 20 buah Universiti IPTA Malaysia yang dipengerusikan oleh Pengerusi GAKUM Y.Bhg.Datuk Hj.Omar Hj.Osman merangkap Presiden CUEPACS.

Antara cadangan yang telah dikemukan adalah seperti menjumudkan Gred 1 - 16. Beliau yang juga wakil Gred dalam skim perkhidmatan Kejuruteraan ( J ) mencadangkan Gred 17 dinaikan kepada Gred J29, Gred J22 kepada J32,Gred J26 ke J34,Gred J29 ke J35,Gred J36 ke J38 dan Gred J38 kepada J40.

Begitu juga dengan skim gred B,C,F,KP,N,R,S,U dan W. Perbincangan mengenai Skim berkenaan akan diteruskan ke bengkel ke dua yang akan diadakan di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 17 - 19hb Mac 2011 dan pada 28hb Mac 2011 di Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ).

Presiden KEKAUMAS berharap segala cadangan kenaikan Gred untuk SSU akan dipersetujui oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Kesemua Kesatuan di IPTA Malaysia telah diarah untuk membuat perbincangan kepada semua Gred

Wednesday, February 9, 2011

Lawatan KEKAUMAS 2011

Ahli KEKAUMAS yang telah berdaftar dan belum pernah mengikuti Lawatan Anjuran KEKAUMAS adalah dipelawa untuk menyertai lawatan sambil belajar ke tempat berikut:-

KE UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM ( UBD )

DAN UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ( UNIMAS )

PADA

24hb - 30HB Mac 2011

Berminat sila hubungi Puan Salmiah Hj.Tertib di samb.1413

H/P: 0143568300

Monday, November 1, 2010

IBU JOHNY LIBIN @JOHAN ABDULLAH MENINGGAL




Kota Kinabalu,1/11/2010.

Ibu kepada Encik Johny Libin @Johan telah meninggal dunia pada 31/10/2010 (Ahad) di Kg.Langkawit,Papar.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah Encik Amat Jutrah Hj.Musnih bersama dua orang exco KEKAUMAS Encik Mokrin Hj.Basrin dan Encik Sintai Odol serta seorang ahli KEKAUMAS Encik Othman Hj.Rawi dari Perpustakaan telah datang menziarah ke rumah mandiang di Kg.Langkawit,Papar.

Presiden KEKAUMAS serta rombongan mengucapkan takziah kepada Encik Johan bersama keluarga beliau diatas pemergian ibu tersayang. Encik Amat Jutrah berharap agar Encik Johan dapat bersabar menghadapi keadaan seperti itu. Menurut Encik Johan ibunya meninggal kerana kemalangan jalanraya di hadapan rumah mendiang pada kira-kira jam 8.30 malam 31/10/2010. Mayat mendiang hanya dijumpai pada awal pagi 1/11/2010 oleh jiran berdekatan. Mayat mandiang dikebumikan pada 2/11/2010.

Saturday, October 30, 2010

JEMPUTAN AHLI KEKAUMAS UNTUK POTONG DAGING KURBAN UMS

Ahli-ahli KEKAUMAS adalah dijemput menyertai AJK majlis ibadah Kurban sebagai pelepah daging. Jumlah AJK di perlukan adalah seramai 50 orang. Setiap kumpulan berjumlah 5 orang.
Baju yang berkualiti akan diberikan kepada setia peserta. Tarikh bertugas 18/11/2010 di Masjid UMS mula jam 7.30 pagi.

Peserta hendaklah sihat tubuh badan, sanggup berkerja keras dan sentiasa senyum.

Yang berminat bolehlah menghubungi Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Haji Musnih di talian 013-8501372 atau 088- 320173 atau sambungan 3713 di JPP. Daftarkan nama secara berkumpulan.

Wednesday, October 27, 2010

LAWATAN KE IPTA SEMENANJUNG MALAYSIA



Biro Reaksi dan Sosial KEKAUMAS telah mengadakan lawatan sambil berkenal-kenalan dengan Exco Kesatuan di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

Rumbungan yang di ketuai oleh Presiden KEKAUMAS Encik Amat
Jutrah Hj.Musnih itu telah disertai oleh lebih 30 orang ahli telah berkunjung ke UTHM Johor ,UTeM Melaka dan UPM di Serdang. Semasa di UTHM,Rombongan lawatan telah diraikan oleh mantan Naib canselor UMS.Prof Datuk Dr.Mohd.Noh Dalimin dan exco Kesatuan UTHM. Para peserta juga telah menghadiri perhimpunan hari pekerja sektor awam di PICC,Puterajaya dan melawat di sekitar Kuala Lumpur.

Rata-rata peserta telah berpuashati dengan lawatan berkenaan dan berharap diteruskan dimasa akan datang.