Pages
Tuesday, August 31, 2010
HARI MERDEKA KE 53
Mereka ini,walaupun dah merdeka tapi masih duduk dibawah pokok kayu.....mengapa ni...?
KEKAUMAS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT MERAYAKAN HARI MERDEKA YANG KE 53 TAHUN.SEMOGA DENGAN SAMBUTAN BERKENAAN DAPAT MEMBERIKAN SATU PENGERTIAN YANG MENDALAM KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM ,BANGSA DAN AGAMA.KEAMANAN YANG KITA NIKMATI ADALAH DATANGNYA DARIPADA USAHA PARA PEMIMPIN YANG TELAH BERJUANG DEMI KEDAULATAN NEGARA KITA.
HARI INI KITA TELAH BERJAYA MENIKMATI SEGALA KEJAYAAN YANG TIDAK LAGI DIGANGGU OLEH PIHAK LAIN SEHINGGA NEGARA TELAH MENCAPAI KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN YANG PESAT.
SEJARAH SILAM PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI KESUSAHAN OLEH PARA PEJUAMG KITA YANG TERDAHULU PERLU DISAMPAIKAN KEPADA ANAK-ANAK KITA YANG BAKAL MENJADI PEMIMPIN DIMASA AKAN DATANG. 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
Presiden KEKAUMAS.
Friday, August 27, 2010
Tuesday, August 24, 2010
Monday, August 23, 2010
Promosi Masuk Ahli KEKAUMAS
Kakitangan yang layak masuk ahli kesatuan Kakitangan Am UMS adalah dari gred 40 ke bawah,
Tuan Pendaftar telah memberikan saranan supaya semua staf sokongan perlu menjadi ahli Kesatuan bagi menjaga hak-hak sebagai seorang pekerja di Universiti Ini.
YURAN MASUK
Borang boleh di muat turun di SINI
Tuesday, August 10, 2010
Hikmah Solat Sunat Tarawih
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, mendapat ampunan dari Allah.
Malam ke-2:
Dosa-dosa orang mukmin yang sholat tarawih serta kedua ibu bapaknya (sekiranya mereka orang beriman), telah diampuni Allah.
Malam ke-3:
Berserulah malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya dapat meneruskan sholat tarawih terus-menerus sehingga Allah akan mengampuni dosa Anda.
Malam ke-4:
Membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran untuk memperoleh pahala.
Malam ke-5:
Allah mengaruniakan pahala seperti orang sholat di Masjidil haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke-6:
Allah mengaruniakan pahala dari malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini.
Malam ke-7:
Seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi AS menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam ke-8:
Allah mengaruniakan pahala kepada orang shalat tarawih seperti yang telah dikaruniakan kepada Nabi Allah Ibrahim AS.
Malam ke-9:
Allah mengaruniakan pahala dan menaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam ke-10:
Allah SWT mengaruniakan kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam ke-11:
Anda akan keluar seperti baru dilahirkan dan bersih daripada dosa dan dunia (mati).
Malam ke-12:
Allah datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadahnya).
Malam ke-13:
Allah datang pada hari kiamat dalam aman sentosa untuk tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam ke-14:
Malaikat datang menyaksikan proses shalat tarawih, dan Allah tidak akan menghukumnya di hari kiamat.
Malam ke-15:
Semua alaikat akan menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa Anda.
Malam ke-16:
Allahsubhanahuwata’ala tertulis baginya, terlepas daripada neraka dan masuk ke surga.
Malam ke-17:
Allah mengaruniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam ke-18:
Malaikat berseru, “Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah ridho kepada engkau dan ibu bapak engkau (yang masih hidup atau mati)”.
Malam ke-19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan derajatnya di dalam surga Firdaus.
Malam ke-20:
Allah mengaruniakan pahala kepada orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam ke-21:
Allah membangun sebuah istana dalam surga daripada nur.
Malam ke-22:
Allah datang pada hari kiamat, membahagiakan tiap orang yang berdukacita dan menghadapi kerisauan.
Malam ke-23:
Allah Subhanahuwataala membangun sebuah bandar di dalam surga daripada nur.
Malam ke-24:
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini.
Malam ke-25:
Allah Taala mengangkat Anda dari siksa kubur.
Malam ke-26:
Allah mengaruniakan pahala kepada orang bertarawih pada malam ini seperti 40 tahun ibadat.
Malam ke-27:
Allah mengaruniakan orang bertarawih pada malam ini, segala kekuatan melewati titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam ke-28:
Allah Subhanahuwataala mengaruniakan pahala 1000 derajat di akhirat.
Malam ke-29:
Allah Subhanahuwataala mengaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam ke-30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir
MISI
Kesatuan meletakkan misi bertekad untuk membantu semua ahli Kesatuan di dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan, memperjuangkan hak-hak pekerja, menjalankan aktiviti berfeadah, membantu para ahli dalam menyelesaikan pertikaian dengan majikan dan menjaga imej para ahli serta membantu pihak majikan di dalam memajukan Universiti Malaysia Sabah hingga ke peringkat antarabangsa.
WAWASAN
KEKAUMAS adalah didifinasikan daripada singkatan perkataan berikut; Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah dan merupakan sebuah Kesatuan yang bersemangat juang tinggi serta memiliki wawasan tersendiri iaitu bertekad menjadi sebuah Kesatuan yang cemerlang di dalam Universiti serta di rantau ini.
MOTO
Moto “ SETIA BERSAMA ” juga telah dihasilkan oleh Encik Amat Jutrah bin Haji Musnih yang mana ianya memberikan maksud;
1. "Setia Bersama" bererti semua Pegawai Kesatuan akan setia bersama dengan semua ahli dalam menjalankan semua aktiviti dan perjuangan.
2. "Setia Bersama" juga bererti pihak Kesatuan akan sentiasa bersama dengan pihak Pengurusan Universiti Malaysia Sabah.
3. "Setia Bersama" melambangkan kesetiaan para ahli Kesatuan bersama semua kakitangan di Universiti Malaysia Sabah tidak mengira pangkat, darjat serta keturunan.
Tuesday, August 3, 2010
Borang Ahli
Muat Turun Borang Ahli
Sila Klik Link Bawah:
Mediafire :
http://www.mediafire.com/?uuz66vh8lw3lb56
Scribd :http://www.scribd.com/doc/35332844/Borang-Ahli-Kesatuan-Kekaumas
Perhimpunan bersama Pendaftar UMS
Beliau berkata, kakitangan yang tidak menunjukan perestasi kerja yang tidak memuaskan akan menyebabkan staf berkenaan dengan mudah diberhentikan.
Katanya lagi, setiap kakitangan yang telah diambil bekerja di Universiti berkenaan haruslah berusaha bersungguh-sungguh demi menaikan mertabat dan imej Universiti dimata luar.
Beliau memuji dengan usaha pihak Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah terutama Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Haji Musnih serta barisan exconya yang berjaya mengumpulkan staf sokongan I dan II pada hari berkenaan. Beliau berkata demikian ketika majlis perhimpunan Pendaftar bersama staf sokongan I dan II anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah yang telah diadakan di Dewan Resital,SPS.
Beliau menambah, kepada semua staf sokongan I dan II yang belum menjadi ahli Kesatuan supaya memberikan sokongan kepada kesatuan berkenaan dengan mengisi borang keahlian. Memang terdapat banyak faedah yang diperolehi dari kesatuan yang antara lain dapat membawa segala permasalahan kepada pihak pengurusan. Beberapa MBJ yang lepas telah bersetuju seperti rawatan gigi dari RM100.00 kepada RM300.00 setahun sekeluarga, pemberian baju batik,baju seragam,penyelarasan kenaikan gred berasaskan tempoh perkhidmatan 15 tahun, penyelarasan waktu anjal selain perkara yang mendapat kejayaan diperingkat Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia ( GAKUM) dan CUEPACS.
Terdahulu daripada itu, Encik Amat Jutrah Haji Musnih, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah ( KEKAUMAS) dalam ucapan alu-aluanya telah memaklumkan bahawa tujuan perhimpunan bersama Pendaftar berkenaan adalah untuk berkenal-kenalan di antara staf dengan staf yang lain serta ramah mesra bersama Pendaftar selain untuk mendengar amanat dan kata-kata perangsang kepada semua staf yang hadir.
Katanya lagi pada tahun ini, sekiranya pihak kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua staf dalam sektor awam, pihak Kesatuan akan memohon sumbangan sebanyak RM10.00 daripada setiap staf yang dibayar gaji oleh UMS. Staf berkenaan termasuk daripada gred 1 sehingga keg gred paling tinggi. Daripada jumlah sumbangan berkenaan RM5.00 akan disumbangkan kepada pihak Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia ( GAKUM).
Tambah Tuan Presiden lagi, pihak Kesatuan akan mengadakan lawatan ke luar Negara seperti di Jakarta dan Bandung pada bulan Disember 2010 dan lawatan ke Negara Filipina. Lawatan berkenaan akan disertai oleh seramai 40 orang peserta sahaja. Kepada mana-mana ahli yang berminat sila berhubung kepada Exco KEKUMAS Encik Manap Haji Jainudin dan Puan Salmiah Haji Tertip. Perhimpunan berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha KEKAUMAS UMSKAL Encik Ahmad Zainud-din bagi mewakili staf UMSKAL.