Pages

Tuesday, August 3, 2010

Perhimpunan bersama Pendaftar UMS


Sesi Soal Jawab


Kota Kinabalu, Pendaftar Universiti Malaysia Sabah, Mejar (K) Abdullah Haji Mohd.Said meminta semua staf Kontrak, Sementara dan Sambilan supaya dapat menunjukan kekuatan semangat bekerja dalam tempoh terdekat ini sebelum dapat diterima kejawatan tetap di Universiti berkenaan. Pada waktu dan masa berkenaanlah ketua-ketua jabatan akan menilai kerja-kerja yang telah dilaksanakan yang memberikan kepuasan terhadap sesuatu pekerjaan yang disandang.

Beliau berkata, kakitangan yang tidak menunjukan perestasi kerja yang tidak memuaskan akan menyebabkan staf berkenaan dengan mudah diberhentikan. Ada kakitangan yang telah ditetapkan tetapi tidak menunjukan perestasi yang memberangsangkan dan mendapat laporan kurang baik dari ketua jabatan malah selalu hilang waktu bekerja sedang diteliti oleh pihak Pendaftar. Semua Staf harus bersyukur kerana telah terpilih daripada beberapa ribu orang pemohon untuk bekerja di Universiti berkenaan.

Katanya lagi, setiap kakitangan yang telah diambil bekerja di Universiti berkenaan haruslah berusaha bersungguh-sungguh demi menaikan mertabat dan imej Universiti dimata luar.

Beliau memuji dengan usaha pihak Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah terutama Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah Haji Musnih serta barisan exconya yang berjaya mengumpulkan staf sokongan I dan II pada hari berkenaan. Beliau berkata demikian ketika majlis perhimpunan Pendaftar bersama staf sokongan I dan II anjuran Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah yang telah diadakan di Dewan Resital,SPS.

Beliau menambah, kepada semua staf sokongan I dan II yang belum menjadi ahli Kesatuan supaya memberikan sokongan kepada kesatuan berkenaan dengan mengisi borang keahlian. Memang terdapat banyak faedah yang diperolehi dari kesatuan yang antara lain dapat membawa segala permasalahan kepada pihak pengurusan. Beberapa MBJ yang lepas telah bersetuju seperti rawatan gigi dari RM100.00 kepada RM300.00 setahun sekeluarga, pemberian baju batik,baju seragam,penyelarasan kenaikan gred berasaskan tempoh perkhidmatan 15 tahun, penyelarasan waktu anjal selain perkara yang mendapat kejayaan diperingkat Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia ( GAKUM) dan CUEPACS.

Terdahulu daripada itu, Encik Amat Jutrah Haji Musnih, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah ( KEKAUMAS) dalam ucapan alu-aluanya telah memaklumkan bahawa tujuan perhimpunan bersama Pendaftar berkenaan adalah untuk berkenal-kenalan di antara staf dengan staf yang lain serta ramah mesra bersama Pendaftar selain untuk mendengar amanat dan kata-kata perangsang kepada semua staf yang hadir.

Katanya lagi pada tahun ini, sekiranya pihak kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua staf dalam sektor awam, pihak Kesatuan akan memohon sumbangan sebanyak RM10.00 daripada setiap staf yang dibayar gaji oleh UMS. Staf berkenaan termasuk daripada gred 1 sehingga keg gred paling tinggi. Daripada jumlah sumbangan berkenaan RM5.00 akan disumbangkan kepada pihak Gabungan Kesatuan Universiti Malaysia ( GAKUM).

Tambah Tuan Presiden lagi, pihak Kesatuan akan mengadakan lawatan ke luar Negara seperti di Jakarta dan Bandung pada bulan Disember 2010 dan lawatan ke Negara Filipina. Lawatan berkenaan akan disertai oleh seramai 40 orang peserta sahaja. Kepada mana-mana ahli yang berminat sila berhubung kepada Exco KEKUMAS Encik Manap Haji Jainudin dan Puan Salmiah Haji Tertip. Perhimpunan berkenaan turut dihadiri oleh Setiausaha KEKAUMAS UMSKAL Encik Ahmad Zainud-din bagi mewakili staf UMSKAL.

No comments:

Post a Comment