Pages

Wednesday, July 21, 2010

Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ)

Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Kakitangan Sokongan Universiti Malaysia Sabah berlangsung dengan jayanya.

Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) peringkat kakitangan sokongan Universiti Malaysia Sabah telah diadakan pada 5hb Mac 2009 jam 2.30 petang bertempat di bilik mesyuarat Aras 5 Bangunan Canselori,UMS.

Mesyuarat yang buat pertama kalinya itu telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof.Datuk Dr. Haji Kamaruzaman Bin Haji Ampon semanjak dilantik Naib Canselor UMS yang ke 3.

Selain Y.Bhg. Datuk,pihak Pengurusan juga telah diwakili oleh Tuan Pendaftar UMS Encik Abdullah Haji Mohd.Said,Bendahari UMS,Tuan Haji Rizal Othman,Timbalan Pendaftar Kanan,Encik No'man Haji Ahmad serta Penolong Pendaftar,Puan Alna Tugon.

Pihak Kesatuan Kakitangan Am UMS (KEKAUMAS) pula diwaklili oleh Presiden KEKAUMAS,Encik Amat Jutrah bin Haji Musnih,Setiausaha KEKAUMAS,Puan Siti Aysha Rainawaty dan beberapa orang ahli Kesatuan yang terdiri Encik Harun Tambiri,Encik Lupin Legenoi,Encik Binik bin Majuril,Encik Danan bin Haji Masalleh,Encik Zainal bin Awang,Puan Zainah bint dan Puan Salmiah binti haji Tertip Ahmad.

Pihak Kesatuan telah membawa sebanyak enam kerta kerja yang telah diketengahkan kepada pihak pengurusan Kertas Kerja 1. Cadangan Penyediaan kabin untuk bilik Pemandu 2. cadangan bilik Geraha dijadikan bilik Gerakan KEKAUMAS 3. Penerima Anugerah Terpuji (APT) diberikan ganjaran 4. Pembayaran Elaun Pemandu Kenderaan Berat dibayar menigkut Pek.Bill:6 tahun 1997. 5. Pembayaran EPW kepada yangb layak. 6. Pemberian markah 10% dan 5% kepada Exco dan ahli KEKAUMAS .

Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah gembira kerana perjalanan MBJ berkenaan telah berjalan dengan begitu baik dan teratur. Katanya Inilah MBJ yang paling tersusun yang pernah dihadiri beliau semanjak menghadiri mesyuarat itu. Sungguhpun debatan yang berhubung dengan kewangan perkara yang paling hangat dibincangkan,namun diatas keperhatinan pihak pengurusan terhadap kakitangan sokongan perkara ini telah menjadi mudah diperhalusi. Beliau amat berterima kasih kepada Y.Bhg. Datuk kerana banyak memberikan ruang kepada ahli MBJ peringkat kakitangan sokongan memberikan keluhan yang diluar dalam kertas kerja yang disediakan.Apa yang diharapkan ialah perhatian dan tindakan segera pihak pengurusan kepada apa sahaja yang telah diputuskan dalam MBJ berkenaan.

Y.Bhg.Datuk Naib Canselor pada mukadimah awalnya telah memaklumkan bahawa semua pihak harus memandang tentang keadaan ekonomi yang sedang melanda negara sekarang.Oleh itu semua pihak hendaklah berhati-hati mengekluarkan perbelanjaan sehingga keadaan pulih seperti baiasa.katanya lagi semua warga UMS hendaklah bersyukur kepada apa yang telah diperolehi.Apa yang perlu ialah semangat perjuangan dan perkhidmatan kepada Universiti hendaklah dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment