Pages

Thursday, October 7, 2010

PEMBANTANGAN BAJET 15 OKTOBER 2010 ....ADA BONUSKAH...TAHUN NI..?

Seramai lebih 1.2 juta kakitangan awam di Malaysia pastinya tertumpu dengan pembentangan laporan bajet pada 15 oktober nanti, perkara yang menjadi tunpuan setiap kakitangan adalah bisikan YAB Perdana Menteri Malaysia berhubung pemberian Bonus kakitangan Awam. Kita sudah duduk mendengar laporan bonus dua tahun lepas telah dikecewakan tanpa disebut bonus.

Reaksi kakitangan awam telah menampakkan berbagai cerita, ada cerita baik dan tidak kurang cerita yang tidak menyenangkan.

Kali ini semua kakitangan awam akan kembali menumpukan sebutan" Bonus" dan pastinya semua kakitangan bergembira apabila pengumuman berkenaan telah disebut.Riang tidak terkira jika diberikan Bonus. Jika tidak ada bonus masing-masing akan mula menuding jari kearah Kesatuan, memitnah kesatuan, menguggut dan berbagai kata-kata lagi.

Kita sebagai kakitangan Awam harus bersyukur dengan pendapatan gaji yang telah dibayar setiap bulan yang jauh lebih senang daripada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Jika diumum ada Bonus hari ini dua atau tiga hari akan datang sudah ada harga barang naik. Bila ada kenaikan harga barang orang kampong atau diluar bandar akan sangsara dari mana dapat duit..?

Sedangkan duit yang kita gunakan itu adalah duit rakyat/ termasuk duit kita sendiri.

Jika ada bonus kita harus bersyukur banyak atau kurang bukan lah satu permasalahan. Sebagai kakitanga awam mari kita tingkatkan usaha dan berkerjasama diantara satu dengan yang lain untuk menjayakan misi kerajaan. Memang betul peningkatan kualiti kerja tidak kira kita sebagai kakitangan kerajaan atau sebagai peladang/petani/nelayan adalah satu gandingan pekerja yang saling berkait. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa agar YAB Perdana Menteri dapat memberikan bonus.Insya allah. Di UMS sekiranya ada pemberian bonus tolong sumbangkan RM10.00 kepada pihak kesatuan ( RM5.00 KEKAUMAS dan RM5.00 di GAKUM) itu adalah amanat yang diberikan oleh Tuan Haji Omar Osman Pengerusi GAKUM yang juga Presiden CUEPACS kepada semua Presiden di IPTA Malaysia.

Saya menyeru kepada semua staf gred 40 ke bawah yang belum menyertai ahli KEKAUMAS agar segeralah mendaftar sebagai ahli denga menghubungi Setiausaha, atau mana -mana exco KEKAUMAS atau terus ke Presiden KEKAUMAS Encik Amat Jutrah.

No comments:

Post a Comment