Berikutan aduan berhubung masalah pembayaran tuntutan lebih masa oleh pemandu bas UMS yang tidak dibayar dan tidak dibayar penuh,satu perjumpaan telah diadakan bersama Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS,(KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah pada 24/09/2010 jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Pages
Friday, September 24, 2010
PERJUMPAAN PEMANDU BERSAMA PRESIDEN KEKAUMAS
Berikutan aduan berhubung masalah pembayaran tuntutan lebih masa oleh pemandu bas UMS yang tidak dibayar dan tidak dibayar penuh,satu perjumpaan telah diadakan bersama Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS,(KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah pada 24/09/2010 jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Thursday, September 23, 2010
BONUS 2 BULAN GAJI
Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah ( KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah Hj.Musnih yakin kerajaan Malaysia yang dipimpin Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika ini akan bersedia memberikan bonus kepada semua kakitangan 1.2 juta orang yang akan diumumkan pada belanjawan 2011 bulan Oktober tahun ini.
Ini berdasarkan beberapa tahun kebelakangan ini seramai 1.2 juta kakitangan tidak mendapat sebarang bonus.Tambahan pula keadaan ekonomi Malaysia ketika ini telah kembali pulih dengan peningkatan luar jangka.
Semua Kakitangan Awam berdoa agar bonus dapat diberikan kepada kakitangan awam.Jika tidak dapat jangan berdukacita. jika 2 bulan gaji untuk bonus tahun ini adalah satu rahmat kepada semua .
GAJI MINIMUM KAKITANGAN AWAM
Contohnya mereka yang tinggal di rumah sewa.Sewa rumah sebilik paling rendah RM200.00 jika sebuah rumah RM450.00 tanpa apa-apa kemudahan.Oleh kerana meraka sudah biasa dengan keadaan demikian terpaksalah menduduki bilik berkenaan kerana hanya itu yang termampu oleh mereka.Itu belum masuk lagi belanja makan sendiri dan jika masuk perbelanjaan keluarga dan ramai tanggungan.Gaji RM2,000.00 hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan ada yang sanggup ikat perut. Kita lihat jumlah gaji sebanyak itu memang besar.Tapi dapat gaji bayar hutang.
Bagaimana kakitangan awam boleh mempertingkatkan perkhidmatan jika keadaan gaji seperti demikian. Kerajaan umumkan kenaikan gaji, sebulan selepas itu harga barang naik lebih tinggi.Jadi tidak ada ertinya kenaikan gaji berkenaan.
Penyelarasan gaji minimum seperti yang dicadangkan memang amat wajar diperjuangkan pada ketika ini juga demi masa depan anak-anak kita semua. Oleh Amat Jutrah Haji Musnih,Presiden KEKAUMAS.
Wednesday, September 22, 2010
PERJUMPAAN SEMUA PEMANDU KENDERAAN UMS
Kota Kinabalu.
Berikutan masalah tuntutan elaun kerja lebih masa tidak berbayar dan tidak dibayar penuh oleh pihak pengurusan UMS, Perisden KEKAUMAS telah mendapat banyak panggilan yang bertanyakan bayaran kerja lebih masa yang telah dituntut belum berbayar.
Sehubungan dengan itu,Presiden KEKAUMAS encik Amat Jutrah Hj.Musnih telah bersetuju membuat perjumpaan kepada semua pemandu yang terlibat pada 24/9/2010 jam 2.00 petang tempat akan dimaklumkan kemudian.
Dalam pertemuannya dengan beberapa pemandu berkata, Pihak Kesatuan akan berbuat sesuatu bagi menyelasaikan masalah berkenaan. " saya berharap kepada semua pemandu yang tidak bertugas adalah dijemput hadir bagi mendapat kata sepakat dan perbincangan mengenai perkara berkenaan,ini sudah lama saya dengar masalah pembayaran over time tidak selaras di UMS terutama kepada pemandu di JPP, saya berharap semua pemandu dapat memaklumkan kepada rakan yang lain agar dapat hadir".
Datang bawa cadangan yang terbaik untuk dikemukakan dengan pihak kesatuan.
Keputusan berkenaan akan dibawa ke MBJ pada 28/9/2010 nanti.
Thursday, September 16, 2010
Cadangan perlanjutan umur pesaraan kakitangan awam
Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah Haji Musnih ,hari ini berkata bahawa cadangan Presiden CUEPACS Tuan Haji Omar Osman meminta Kerajaan menaikkan umur persaraan kakitangan kerajaan dari 58 tahun ke 60 tahun sememangnya telah lama dicadangkan kepada kerajaan.
Keputusan kerajaan bagi persetujuan kenaikan berkenaan semamangnya ditunggu-tunggi oleh seramai 1.2 penjawat awam di Negara ini agar seragam dengan Negara-negara lain dirantau ini.
KEKAUMAS berharap kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan dapat mengumumkan keputusan berkenaan dalam pembentangan bajet 2011 bulan depan selain pengumuman bonus untuk kakitangan awam nanti.
Perlanjutan umur pesaraan berkenaan bukanlah sebagai wajib malah ianya adalah sebagai opsyen bukannya automatik. Perlanjutan opsyen berkenaan hanya untuk beberapa jawatan yang dikenal pasti mempunyai keperluan yang amat penting yang menggunakan kepakaran serta pengelaman dan kesihatan yang memuaskan untuk terus berkhidmat kepada Negara.
Pada ketika ini kerajaan telah bersetuju menaikkan umur pesaraan 56 tahun dan 58 tahun.