Pages

Thursday, September 23, 2010

GAJI MINIMUM KAKITANGAN AWAM

Cadangan Pembantu Menteri Pembangunan Sumbar Dan Teknologi Maklumat,Datuk Jainab Ahmad Ayid yang mahukan penyegeraman gaji minimum disemua peringkat memang ada kewajarannya kerana tahap gaji oleh pekerja ketika ini sudah tidak setaraf dengan kenaikan harga barang. Semua pihak harus memperjuangkan dengan cadangan berkenaan bagi membantu ramai pekerja di negara ini dan Sabah khasnya yang hanya menerima gaji yang tidak setimpal dengan keadaan persekitaran. Terutama bagi mereka yang bekerja dalam bandar yang mempunyai sara hidup yang tinggi.

Contohnya mereka yang tinggal di rumah sewa.Sewa rumah sebilik paling rendah RM200.00 jika sebuah rumah RM450.00 tanpa apa-apa kemudahan.Oleh kerana meraka sudah biasa dengan keadaan demikian terpaksalah menduduki bilik berkenaan kerana hanya itu yang termampu oleh mereka.Itu belum masuk lagi belanja makan sendiri dan jika masuk perbelanjaan keluarga dan ramai tanggungan.Gaji RM2,000.00 hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan ada yang sanggup ikat perut. Kita lihat jumlah gaji sebanyak itu memang besar.Tapi dapat gaji bayar hutang.

Bagaimana kakitangan awam boleh mempertingkatkan perkhidmatan jika keadaan gaji seperti demikian. Kerajaan umumkan kenaikan gaji, sebulan selepas itu harga barang naik lebih tinggi.Jadi tidak ada ertinya kenaikan gaji berkenaan.

Penyelarasan gaji minimum seperti yang dicadangkan memang amat wajar diperjuangkan pada ketika ini juga demi masa depan anak-anak kita semua. Oleh Amat Jutrah Haji Musnih,Presiden KEKAUMAS.

No comments:

Post a Comment