Presiden KEKAUMAS, Amat Jutrah
cadangan.
Berikutan aduan berhubung masalah pembayaran tuntutan lebih masa oleh pemandu bas UMS yang tidak dibayar dan tidak dibayar penuh,satu perjumpaan telah diadakan bersama Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS,(KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah pada 24/09/2010 jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Berikutan aduan berhubung masalah pembayaran tuntutan lebih masa oleh pemandu bas UMS yang tidak dibayar dan tidak dibayar penuh,satu perjumpaan telah diadakan bersama Presiden Kesatuan Kakitangan Am UMS,(KEKAUMAS) Encik Amat Jutrah pada 24/09/2010 jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Perjumpaan yang ringkas itu telah diadakan dalam sebuah bas telah dihadiri oleh beberapa orang pemandu yang telah habis bertugas dan akan bertugas pagi dan petang.
Tujuan perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan masalah tuntutan bayaran kerja lebih masa yang lambat dibayar dan tidak dibayar penuh.
Dalam perjumpaan berkenaan semua pemandu telah mencadangkan agar pihak KEKAUMAS dapat membawa perkara itu ke pihak pengurusan.
Semua pemandu telah bersetuju supaya bayaran tuntutan kerja lebih masa dibayar dengan segera. Mereka juga memohon agar pihak pengurusan dapat membayar penuh kesemua tuntutan kerja lebih masa berkenaan. Perkara ini telah pun dibawa ke pihak pengurusan dalam mesyuarat MBJ yang telah dipengerusikan oleh Prop.Datuk Dr.Hj.Mohd Noh Dalimin Naib Canselor ke dua. Dalam mesyuarat berkenaan pihak pengurusan telah bersetuju supaya semua tuntutan kerja lebih masa hendaklah dibayar penuh sekiranya telah diperakui oleh Ketua Jabatan berkenaan bahawa kerja-kerja yang telah dilaksanakan benar-benar diperlukan.
Jika pemandu lain dibayar penuh, mengapa kami pemandu bas tidak dibayar penuh. Apakah perkhidmatan kami ini kurang penting..?, kami memandu bas yang besar bukan kenderaan kecil,bayaran elaun kenderaan berat semuanya sama RM150.00. Di mana kebajikan kami. kami juga berkeluarga ada tanggungan.Kalau tidak dibayar penuh lebih baik masa berkenaan kami gunakan membuat kerja sendiri atau membawa keluarga jalam-jalan..tuntutan lebih masa yang dipotong pun kami tidak tahu berapa jam sebenarnya telah dipotong, semuanya ini kami tidak tahu. Sehubungan dengan itu kami memohon kepada Bendahari agar laporan baki jam yang dipotong dapat kami ketahui. Jika lebihan jam yang dipotong itu melayakkan kami bercuti kami akan ambil cuti gantian berkenaan. Inilah luahan para pemandu dalam perjumpaan tersebut.
kata mereka lagi, kami bukan engkar perintah dan kami bukan tidak menjalankan tugas memandu, tetapi jika kerja yang kami laksanakan tidak mendapat pulangan sampai bila kami rela menjalankan tugas hanya sebagai kebajikan. Perkara ini sudah lama berlarutan.
Sekiranya pihak pengurusan tidak menerima cadangan kami ini, kami akan menjalankan tugas sekadar mencukupi masa lapan jam sahaja. Jika bayaran kerja lebih masa kami ini membebankan pihak Universiti, mungkin penyewaan bas lebih murah daripada melayan tuntutan kami. Kami tidak mahu ada pegawai mengatakan kerja lebih masa kami buat ini adalah sebagai sumber pendapatan tetap, jauh dari itu yang kami mahukan.
Dalam rumusan perjumpaan berkenaan,Encik Amat Jutrah berjanji akan membawa perkara berkenaan ke MBJ yang akan diadakan pada 28/9/2010 ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pemandu yang dapat hadir dan telah meluahkan perasaan dalam masa yang singkat tetapi padat walaupun diadakan dalam sebuah bas.
No comments:
Post a Comment